Saturday 26 January 2013

Teksi

Assalamualaikum uols...

Pagi yang indah dan semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Pagi ahad yang hepy sebab ari ni akan dapat gaji awal..hihi.biasa gaji hari khamis. tapi sebab bos nak melancong, so gaji dikeluarkan hari ni. kalau company lain, 25 hb, bagi kerajaan dan 28 hb bagi swasta dah gaji. company aku pulak, gaji akan dikeluarkan setiap hari khamis dan hari khamis tu mestilah jatuh pada 28 hb. jika khamis tu 27 hb, gaji akan dianjakkan pada minggu depan. begitu lah polisi company aku. tapi tak kesahlah cepat atau lambat, sebab memg akan habis cepat duit gaji ni. tak sampai akhir bulan, tengok2 dah kering..kikiki. aku ni nama jek accountan, tapi duit sendiri tak pandai nak manage. hihihi. tahun ni alhamdulillah, bos kasi naik lagi gaji. syukur pada Allah kerana beri rezki yang murah pada aku.

fuhh..mukadimah yang panjang lebar. sebenarnya entry kali ni nak cerita pasal teksi. klu baca mukadimah, tak kena langsung dengan tajuk entry aku tu.hihihi. pagi ni aku terpaksa naik teksi setelah sekian lama tak tak naik teksi sebab biasa aku drive sendiri. tapi pagi ni terpaksalah guna driver @ pakcik teksi (kikiki) sebab kereta kesayangan aku tu, adik aku yang pinjam. semalam nak suruh hantar, dah tengah malam sangat. nanti kesian pulak dia nak balik rumah nanti. so, aku berkorban naik teksi pagi ni. takpe la. lagipun dah lama tak naik teksi.

tapi satu yang paling aku tak suka dengan sikap driver teksi kelantan ni, suka ambik penumpang walaupun belakang tu dah penuh 3. kalu teksi lama (mercerdes) tu, ok la sebab ruang dia luas. ni teksi kereta wira tu. terpaksa lah bersempit2 kat belakang. sebab tu la aku tak suka duduk belakang bila naik teksi. biasa kalau seat depan driver kosong, memang aku akan duduk depan. tak nak aku bersempit kat belakang tu. lagipun nanti susah nak turun sebab aku biasa akan turun sebelum sampai bandar. nanti akan menyusahkan penumpang lain pulak. huhuhu

driver teksi yang aku naik pagi ni, bole dipuji. hormat penumpang. dia beri isyarat penuh pada penumpang yang tahan teksi dia sepanjang jalan. kalau sesetengah driver tu, buat tak tahu jek. kadang2 sakit ati.

satu lagi perkara yang aku suka naik teksi ni, kalau driver tu jenis peramah, dan penumpang jugak peramah, macam2 isu semasa mereka bincangkan. dan aku seperti biasa, hanya sebagai pendengar je. nak menyampuk, rasa cam segan. so dengar je la. masa aku naik teksi dulu2, pelbagai isu semasa aku boleh dengar. tak payah nak baca paper dah.hihihi. 

sekarang semenjak ada kereta sendiri, malas dah nak naik teksi. kalau drive sendiri, turun lewat pun tak pe. tapi kalau naik teksi, memang kena awal, sebab kadang2 teksi senang dapat. kadang2 teksi susah dapat. tapi, ape2 pun, tu semua kenangan yang manis bagi aku. *__*



ni la teksi lama (kereta mercedes lama) di tempat aku. segelintir driver teksi, still laga guna kereta ni (gambar ihsan dari google)




Friday 18 January 2013

SIAPA KITA UNTUK MENOLAK TAKDIR ALLAH

Assalamualaikum uolss...
Perlukah kita menyakiti hati orang lain dengan ayat2 yang tidak sepatutnya diucapkan walaupun niat hanya sekadar satu gurauan.  Kata-kata yang sensitif seperti perkara berkenaan jodoh dan rezki anak, misalnya.  Perkara ini amat sensitif bila diucapkan kepada seseorang yang lambat dipertemukan jodoh dan juga yang belum dikurniakan rezki zuriat. 

Bukan tiada usaha ke arah itu, tetapi Allah belum ingin berikan rezki tersebut. Wanita mana yang tidak inginkan zuriat. Tambahan lagi, dah bertahun2 berkahwin. Kalau ikutkan, sebulan lepas kawin tu, ingin cepat2 dapat anak. Tetapi itu semua adalah kehendak dari-Nya. Sebagai hamba, kita hanya mampu berdoa dan selebihnya terserah kepada-Nya.

Sangat2 kecil hati bila seseorang bertanya mengenai zuriat dan bila cakap belum ada rezeki, jawapan balasan yang diperolehi adalah "ko memg tak pandai". Aduh, menikam kalbu betul ayat tu. Tambahan lagi ayat seperti "tengok aku.dah berderet anak". Kalaulah mendapatkan anak semudah petik jari, dah lama aku petik jari ini. huhuhu

Melihat begitu mudah orang lain dapat anak. Anak yang sulung baru setahun, dapat pula anak kedua. Dalam hati terdetik "murahnya rezki dia. rezki aku bila la..."

Setiap hari aku cuba pujuk hati untuk agar berlapang dada menerima duggaan dari Allah. Setiap hari aku membisikkan kata2 semangat agar tidak berputus asa. Tapi bila tiba2 kata2 yang menyakitkan hati diperolehi daripada orang sekeiling, membuatkan semangat yang aku cuba bina ini menjadi zero. Betapa seksa dan payahnya aku cuba bina semangat tersebut dan semudah 1,2,3 orang lain cuba menghancurkannya. Ingin menangis, tetapi tidak dapat mengalirkan air mata disebabkan kepedihan yang teramat sangat.huhuhu.

Aku berdoa dan berharap semoga Allah memberikan aku ketabahan menghadapi ujian dari-Nya dan aku tahu pasti ada hikmah disebalik semua ini. Moga aku akan jadi seorang yang lebih positive dan kuat. Hanya insan2 yang pernah alami situasi seperti aku ini saja yang memahami perasaan aku ini.