Tuesday 26 March 2013

HIKMAH DISEBALIK UJIAN ALLAH



Assalamualaikum..hai uols.dah lama tak berkesempatan untuk menjenguk teratak aku ni. Masa amat mencemburui aku sehingga tiada secubit pun masa lapang untuk aku (betul ke ayat secubit tu..hihihi.aku bukan pakar bahasa. Coretan sekadar perasaan di hati). Tangan ni memang terasa gatal2 nak mencoret di sini. Tetapi malangnya, aku tak dapat mencuri walau sedikit masa.
Aku ingin membawa satu kisah. Dan hanya yang pernah alami sahaja yang tahu perasaan tersebut. Kisah seorang isteri, yang sudah lama berkahwin. Tahun ini, dah nak masuk ke angka 3 tahun. Tetapi masih belum dikurniakan rezki zuriat oleh Allah. Bermacam ubat dicuba. Berurut juga sudah. Tetapi masih belum diizinkan oleh Allah untuk memiliki zuriat. Begitu juga dengan adik iparnya. Yang sudah lebih 6 tahun berkahwin. Tetapi belum dukurniakan zuriat. 
Perasaan seorang wanita, yang inginkan zuriat apabila melihat orang-orang terdekatnya, yang baru mendirikan rumah tangga, dan terus diberikan rezki zuriat oleh Allah. Kadang2 terbit perasaan cemburu dengan kemurahan rezki orang lain. Bila menziarah kenalan yang bersalin, rasa sayu di dalam hati. Dalam doa seusai solat, selalu memohon agar dikurniakan zuriat dan tidak lupa juga doa untuk adik ipar agar bersama2 dikurniakan zuriat oleh-Nya.
Suatu hari, dapatlah berita bahawa adik ipar sudah hamil. Sayu dan sedih perasaan mendengar perkabaran tersebut walaupun di dalam solat wanita ini sentiasa berdoa untuk adik iparnya. Dalam hati mula timbul bisikan2 jahat dari syaitan. Timbul rasa tidak ikhlas terhadap doa2 yang dipohonnya selama ini. Tetapi hakikat tetap hakikat. Mujurlah wanita itu cepat tersedar bahawa semua itu adalah ujian Allah. Rezki, Jodoh/ pertemuan dan mati, adalah rahsia Allah. Kita sebagai hambanya hnya mampu berdoa memohon dari-Nya.
Satu kesimpulan yang dapat aku berikan daripada kisah di atas seperti coretan dibawah. Ianya bukan sekadar hanya coretan dari aku tetapi juga sebagai pengajaran untuk aku agar tidak menyalahkan takdir di atas segala musibah yang menimpa diri ini. Dibawah adalah petikan kata2 dari ceramah ustaz azhar idrus. Moga dapat juga dijadikan pengajaran untuk uols semua.
Hikmah segala kejadian yang berlaku atas kita, hanya Allah sahaja yg tahu. Perkara yang pertama perlu kita lakukan bila musibah menimpa, kita hendaklah lmuhasabah diri kita sendiri dan jangan ltakkan kesalahan kepada orang lain..  Contoh seperti anak kita yg degil. Jangan hanya Nampak buruk anak kita tetapi tengoklah keburukan kita dahulu. Kadangkala musibah yang ALLAH turunkan kepada kita adalah kerana ALLAH hendak kaffarah kita disebabkan kesalahan yang pernah kita lakukan dahulu.
Kita merasakan bahawa kita dah melakukan perkara baik, solat sentiasa dijaga, tetapi musibah tetap menimpa kita. Jadi, anggaplah ini adalah ujian daripada ALLAH untuk menaikkan martabat kita. Tetapi jika kita memang sentiasa berbuat kejahatan, dan ALLAH menurunkan musibah terhadap diri kita, anggaplah musibah itu sebagai kaffarah kerana Allah ingin kita berubah. Tidak ada ujian daripada Allah yang diberikan kepada makhlukNya, hanya sia-sia melainkan untuk kebaikan kita jua.
-Petikan dari ceramah UAI
Nota : Kaffarah dari sudut bahasa (al-kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kaffarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daipada Allah swt.
Dari sudut istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga sebagai penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.