Sunday 13 October 2013

demam dan batuk

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Semoga kalian semua berada di dalam rahmat-Nya sentiasa..

Semalam balik dari ofice, singgah pasaraya DZ otw nak balik rumah. tujuan utama adalah nak cari ais cream vanila untuk ubat ulser kat tekak ni. Balik rumah, terus ngadap ais cream sampai semangkuk penuh. ni bukan nak buat ubat dah ni. ni memang melantak dah ni..kihkih. (dah aku memang hantu ais cream)

 












Dekat suku bekas aku makan semalam. tengah malam tu start batuk2 sampai aku tak boleh nak tido.aduhai, ni gara2 makan banyak sangat ais cream la ni. konon2 nak hilangkan ulser kat tekak aku ni. tup2 datang sakit lain plak. batuk2 sampai aku tak bleh tido. en. hubby kat sebelah lena di ulit mimpi. sib baik tak terganggu dengan bunyi batuk aku. huhu. baru teringat dalam beg ada simpan jujubes. nak turun bawah makan ubat batuk malas. so, kemam je la jujubes ni sampai aku tertidur dengan jujubes still dalam mulut. barulah boleh lena sampai pagi.

Bangun pagi tekek still rasa sakit n perit nak telan air liur. tapi tak sesakit semalam. baru aku teringat strepsils pun dapat hilangkan ulser kat tekak. sib baik farmasi dekat ofice tu bukak pagi2. terus g beli. alhamdulillah, tekak ni rasa ok sikit. nak menelan pun dah tak sakit sangat. cuma batuk2 ni still berlarutan n tak berhenti2. balik ni kena makan ubat batuk gak la nampaknya. huhu..dugaan betul sakit kali ni. orang kata, bila sakit menimpa kita, tu merupakan dugaan pada kita agar kita sentiasa sabar dan redha dengan ujian dariNYA. dan penyakit ini juga dapat hapuskan dosa2 kecil kita.

Harap sakit yang aku hadapi ini dapat hapuskan dosa2 kecik aku tu. lol 

strepsils yang aku beli kat farmasi depan ofice. aku lagi suka yang original punya.


























Saturday 12 October 2013

SAKIT MATA DAN ULSER DI KERONGKONG/TEKAK


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Minggu lepas aku kena virus sakit mata. Tak tahula kena jangkitan drpd siapa. Yang pelik, anak sedara aku yang baru balik dari kem tu pun kena sakit mata sama macam aku.hihi..sapa la yang bawak virus ni. kami kena sakit mata pada hari yang sama. masa kat ofice tu, mata dah terasa semacam. macam bertahi je mata ni. pas tu pandangan pun rasa kabur. badan dan kepala rasa panas semacam. malam tu suruh en. hubby beli ubat mata kat farmasi. terus titik malam tu. bangun pagi esok utk ke ofice, mata makin merah. huhu. tak leh jadi ni. kena mc hari ni. nanti tak pasal2 berjangkit plak virus ni dengan org lain. tapi, keesokkan harinya, virus ni berjangkit kat mata yang sebelah lagi. so, terpaksa la aku cuti lg. so, kna la ambik mc 2 hari.huhu..hari khamis tu, dah tak boleh mc sbb kna attand seminar kat kwsp. nasib baik merah dah kurang.huhu

Jumaat tu pulak, bangun pagi, tekak plak rasa tak selesa. nak menelan rasa perit dan sakit semacam. Adoi, lepas satu2 penyakit menimpa aku ni. Sekarang pun tekak still rasa sakit. makan pun tak selera. aku ada search maklumat kat en google ni ubat untuk ulser tekak. ramai yang bagi petua supaya makan ais cream vanila. balik keje jap lg nak singgah psaraya nak cari ais cream. huhu. tak tahan ni. perit sangat. sebelah malam bila nak tidur, start la batuk2. berlarutan sampai tak leh tido. memang seksa bila ulser kat tekak ni.huhu

satu tabiat aku. tak suka ke klinik. aku memang liat nak ke klinik. selagi aku boleh tahan, aku akan bertahan. dari dulu memang aku gini. mula la search kat google petua2 untuk hilang sakit ni.kihkih. tengokla. kalau petua ais cream vanila ni tak jalan gak, maka terpaksa la aku ke klinik.