Thursday 13 December 2012

Tetiba Datang Mood Rajin

Jumaat lepas, tiba2 datang mood aku nak kemas dan ubah susun atur ruang tamu rumah. Ni gara2 singgah kat romantika dan aku sempat grab bunga hiasan kat kedai tu. Lagipun tengah ada offer. Naik rambang mata, sampai tak tahu nak pilih yang mana. Kakak aku dah tension, sebab lama sangat nak memilih. Ye la, semua cantik2.hihihi. Kat bahagian bawah, ada sales teko cantik2. Sempat aku ambik teko besar satu dan teko kecik satu. Teko english style.Tapi lupa nak snap gambar teko tu.Aku tak berkenan sangat deco ala English Style. Tapi, sebab aku dah ada set cawan bung english tu, so ambik jugak la teko tu. Nak padankan dengan set cawan yang dah ada kat rumah tu.

ni gambar selepas diubahsuai. hihihi



Ni la ruang tv selepas diubah suai. Dulu, letak meja tv kecik aje kat sini. Hari tu masa g pasaraya dekat office aku, terjumpa frame gambar besar. Plan mula2 nak letak gambar konvo, tapi ubah fikiran sebab gambar kawin satu pun aku tak frame kan. Frame gambar tu plak tak tahu nak letak kat mana. So, sebab tu la tukar meja besar ni letak kat sini (oh..sila abaikan bekas umat nyamuk tu..buat2 tak nampak okiess..hihi)

 

Ni la ruang tamu aku. Kosong jek.Nak kena touchup lg ni.hihi


Bunga yang aku beli kat romantika home deco. Letak kat ruang tamu.
Aku beli bunga dan pasu asing2. Konon nak gubah sendiri. Tapi, last2 aku suruh pekerja situ tolong gubah. Bukan ape, takut nanti gubahan tu bertukar jadi binatang plak nanti.hahaha. Yang kelakar, pekerja yang gubah bunga ni, lelaki, tak silap warganegara bangladesh kot, sebab cara cakap dia tu bukan macam orang sini. Ohh..sungguh memalukan. Lelaki pandai gubah bunga compare dengan aku ni. Lepas ni, kena belajar gubah bunga sendiri ni..kikiki

Monday 10 December 2012

Pergi Tak Kembali

google image

Assalamualaikum.Hai uolss.Semoga sihat dan sentiasa di rahmati oleh-Nya sentiasa. Hari ini still dalam mood sedih dan insaf sebab semalam aku dapat berita kematian bapa saudara En. suami. Malam-malam buta dengan badan yang letih dan mata yang mengantuk, bersiap2 menziarah keluarga arwah di Kuala krai. Sib baik rumah aku dah dekat dengan kuala krai tu. kalau duk di KB, mau makan masa gak. Kami bertolak pukul 10.30 malam. kalau nak ikutkan, badan memang penat. tapi aku gagahkan diri jugak menziarahi keluarga arwah. BIL aku yang drive. kalau bawak kete sndiri, mau tertidur aku sebab penat..hihihi

Kami sampai rumah keluarga arwah dalam pukul 11 lebih. Arwah akan dikebumikan pagi ni sebab menunggu anak-anak arwah balik. hanya 2,3 orang anak arwah yang berada berdekatan. 

Masa duk bercerita dengan isteri arwah, dia ceritalah perasaan terkilan dengan anak-anaknya yang lain sebab ketika ayahnya sakit pun, mereka tak sempat nak menjenguk kerana sibuk dengan urusan masing-masing. rasa terkilan seorang isteri sebab saat kematian suami, anak-anak tiada di sisi. mujurlah ada anak yang bongsu, yang sanggup berkorban dengan berhenti kerja untuk mejaga arwah ketika arwah sakit dulu.
Jika difikirkan, anak arwah tu masih muda lagi. Awal 20-an. Rakan-rakan sebaya dengannya mungkin sedang sibuk mengejar pelajaran dan kerjaya. Tetapi dia sanggup berkorban untuk ibubapanya. Subahanallah, betapa besar pahala yang akan diperolehinya disebabkan pengorbanannya itu. Aku berasa insaf apabila mendengar kisah ini. Timbul persoalan dalam diri aku. Jika situasi ini terjadi kepada aku, sanggupkah aku berkorban seperti mana anak arwah ini? 

Isteri arwah pula meluahkan isi hati, bagitau kami. dulu dia cukup bangga apabila anak-anaknya semua berjaya dan mempunyai kerjaya yang baik. tetapi, apabila tinggal berdua, dengan arwah suami, barulah terasa kesunyian itu. anak-anak balik menjenguk mereka, tetapi setakat balik 2,3 hari. and then, pergi tinggalkan mereka berdua. bila dia perlukan anak-anak, semua beri alasan sibuk. betapa dia terkilan dengan anak-anaknya. nasib baik ada juga si bongsu, sebagai pengubat yang sanggup tinggal bersama menemani mereka.

Masa duk bercerita tu, BIL aku keluarkan satu kisah masa menunggu MIL aku sakit dulu.(masa ni aku belum kawin lagi dengan en. suami..hihi)  tepi katil MIL aku ni ada sepasang suami isteri. si suami ni menjaga si isteri yang sakit. dia selalu perhatikan keluarga en suami apabila ahli keluarga datang melawat MIL aku. BIL aku la perasan yang pakcik ni  selalu duk perhatikan ke arah mereka.  satu hari, BIL aku pergi ke katil pasangan ini, saje nak bertanya khabar. (BIL aku ni memang seorang yang peramah..hihihi) sambil2 tu sempat dia tanya pakcik ni, kenapa selalu duk perhatikan dia sekeluarga..hihi

Kata pakcik tu, dia suka sangat tengok MIL aku, sebab anak-anak selalu datang menziarah. tapi, anak-anaknya, seorang pun tak datang menjenguk ibu yang sedang sakit ini. hanya telefon si ibu bertanya khabar. pakcik tu pun bercerita lah. dia ada 5 orang anak. semua anak-anaknya berjaya dan mempunyai kerjaya yang bagus. selalu ke luar negara. tapi, cerita pakcik tu lagi. dulu dia berasa bangga, tetapi sekarang dia menyesal dan berasa malang dengan kejayaan anak-anaknya itu, sebab disebabkan kejayaan itulah, anak-anak melupakan mereka.Oh..sungguh menyentuh hati kisah pakcik ni. berasa menyesal dengan anak-anak yang berjaya. 

So, moral of the story yang aku dapat, tak semestinya seorang anak yang tidak berjaya itu, tidak dapat membanggakan ibu bapa dan yang berjaya itu menjadi kesayangan mereka. yang penting bagi ibu bapa, anak-anak sentiasa mengingati mereka dan sentiasa menjenguk mereka. bagi mereka, wang ringgit bukan segala-galanya. kasih sayang dari anak-anak itu yang penting sebab di hari-hari tua mereka, apa yang mereka inginkan ialah perhatian dan kasih sayang dari anak-anak.


google image



Saturday 8 December 2012

Pemandangan Pagi Yang Romantik

Assalamualaikum...hai uolsss. morning and hv a nice day. eh, speaking plak.kikiki.Sunday blues la ari ni sebab keje.huhuhu.mood nak wat keje tak de la plak.Tu sebab jenguk sini kejap. Rehat-rehatkan otak..hihihi (alasan untuk mengular.kikiki)

Bukan ape. Nak story pasal satu pemandangan yang indah dan romantik dengan korang semua. Pagi tadi, duk kelam kabut ampai baju sebab dah lewat, tiba-tiba terpandang sepasang suami isteri warga emas membonceng basikal lalu hadapan rumah aku. Si isteri bukan duduk di belakang, tetapi di palang depan. Ala..sooo sweet.Sungguh romantik pakcik dan makcik tu. Agak-agak nak ke En. suami bonceng cam gitu? kikiki..rasanya jauh panggang dari api.

gambar ihsan dari google

Walaupun dah berumur, tapi pakcik dan makcik tu still lagi nampak romantik. Sepatutnya begitulah bila berumahtngga. Baru rumahtangga itu aman bahagia. Ni tidak. Time bercinta jek romantik bagai nak rak. Tapi bila kawin, haram. huhuhu

Bahagialah isteri-isteri yang mendapat seorang suami yang romantik. Memang mereka seorang insan yang bertuah. Dan yang pastinya aku bukanlah termasuk dalam salah satu golongan insan bertuah itu.

Sunday 2 December 2012

ALAMI SIMPTOM AWAL KEHAMILAN TETAPI UJIAN UPT NEGATIF

Dah lama tak post di sini. Aku la seorang blogger yg hangat-hangat tahi ayam..hihi... bukan ape. Masa tak mengizinkan aku untuk menulis di sini. Betul-betul bz. Entry yang g makan angin di KL pn tak sempat lg nak post. Makan angin sambil honeymoon yg pertama kali setelah 2 tahun berkahwin.hihihi

Badan pulak rasa cam letih-letih and tak selesa. Rasa sakit pinggang, perut selalu rasa cramp dan macam-macam lagi rasa. Dalam hati duk terfikir, adakah aku pregnant?huhuhu. Tapi aku tak nak buat kesimpulan terlalu awal. Tak nak mengharap sangat sebab takut hampa kemudian nanti. Try jugak google. Mana tahu sakit-sakit badan dan sentiasa letih ni disebabkan oleh hamil. Tapi, aku terjumpa satu article dari Dr. Zubaidi Hj Ahmad. Bila terbaca artikel Dr. Zubaidi, baru aku tahu tanda-tanda awal hamil yang dialami seorang wanita itu,  tak semestinya dia itu hamil. So, aku tak nak mengharap sangat. Nanti keceiwa.waaaaa. Pernahkah korang semua mengalami situasi seperti aku ini?  Ni aku kongsikan artikel dari Dr Zubaidi mengenai masalah ini. Artikel asal  (DISINI)

"Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil).
Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah.
Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat  darah haids tidak datang pada waktu yang sepatutnya, mereka amat mengharap agar mereka hamil. Apatah lagi mereka mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening.
Saya selalu membaeritahu bahawa mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan pening tidak bermakna seseorang wanita itu hamil. Pemeriksaan air kencing UPT adalah kaedah pemeriksaan yang menentukan sama ada seseorang itu hamil atau tidak. Cara lain ialah dengan melakukan ultrasound bagi mengesan kehadiran janin dalam rahem.
Perasaan seperti seolah-olah hamil, disebut sebagai “Imaginary Pregnancy Symptoms (IPS)“. Ia bukanlah istilah perubatan, tetapi suatu istilah untuk menggambarkan keadaan perasaan ini.
Perasaan ini datang apabila seseorang wanita sangat mengharapkan kehamilan sebaik sahaja mereka ‘tidak datang  darah haids’  pada waktu yang sepatutnya. Apatah lagi wanita ini mengalami rasa letih, kembung perut, bengkakan pada payudara, rasa mengidam dan sebagainya.Perasaan mahu hamil akan menyebabkan wanita ini merasakan tanda-tanda ini adalah tanda kehamilan yang sebenar, padahal ia harus dibuktikan dengan pemeriksaan airkencing UPT dan ultrasound.
Perasaan ini bukanlah disebabkan oleh kecelaruan psikologi tetapi perasaan sebenar akibat reaksi hormon dalam tubuh  yang telah bersedia untuk hamil. Apabila berlakunya ovulasi, tubuh seorang wanita sebenarnya telah sedia untuk hamil dengan mengeluarkan sedikit hormone, walaupun persenyawaan antara telur ovum dan sperna belum berlaku.
Antara hormone yang dikeluarkan dan menyebabkan IPS ialah hormon progesterone. Kepekatan hormon progesterone akan meningkat secara perlahan-lahan selepas berlakunya ovulasi dan kemudian turun secara perlahan-lahan jika seorang wanita tidak hamil.
Bagi wanita itu menjalani rawatan kesuburan, ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor akan meningkatkan tahap hormone progesterone dalam tubuh wanita dan boleh menyebabkan menyebabkan IPS.

Jadi apa yang harus dilakukan jika seorang wanita tidak kedatangan darah haids dan mengalami tanda-tanda dan perasaan seperti kehamilan?

Saya selalu menasihatkan agar menunggu selama dua minggu dari tarikh darah haids sepatutnya hadir untuk menentukan sama ada seorang wanita benar-benar hamil atau tidak. Sebagai contoh jika bulan lepas, beliau kedatangan haids pada 3 hb Mac, maka jika 17 hb April, masih tidak mengalami haids, eloklah buat pemeriksaan air kencing UPT atau pemeriksaan ultrasound.
Jika beliau melakukan pemeriksaan tersebut lebih awal, dibimbangi beliau akan rasa kecewa atau tidak percaya dengan pemeriksaan doktor kerana kadang kala tanda-tanda kehamilan hampir sama dengan tanda-tanda ‘premenstrual tension’ sebelum kedatangan haids.
Janganlah terlalu melayan perasaan kehamilan itu, kerana ia bukanlah penentu sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak. Tanda-tanda kehamilan tidak berlaku pada semua wanita yang hamil. Ada wanita yang rasa seoalah-olah hamil kerana ada tanda muntah, letih, dan rasa payudara bengkak tapi hampa apabila mendapati mereka tidak hamil. Sementara ada wanita yang tidak mengalami rasa apa-apa dan mendapati mereka hamil.
Terdapat satu lagi istilah perubatan yang merujuk kepada masalah psikologi yang lebih serius iaitu ‘pseudocyesis’ di mana seseorang benar-benar percaya bahawa beliau hamil walaupun telah dibuktikan beliau sebenarnya tidak hamil. Berlainan dengan IPS, yang hanya mengalami rasa keliru dan ragu-ragu, tetapi ‘pseudocyesis’ menyebabkan wanita itu benar-benar percaya bahawa beliau telah hamil.

Apa agaknya punca seorang wanita tidak mengalami haids pada waktu yang tetap?

Untuk menjawab soalan ini, kita harus faham bahawa wanita mempunyai pelbagai hormone yang mempengaruhi kesuburan beliau.
Dalam tubuh wanita ada organ ovari yang mengeluarkan satu telur ovum pada setiap bulan setelah mendapat isyarat-isyarat dari pelbagai hormon.  Apabila telur ini tidak disenyawakan,  ia akan dikeluarkan bersama dengan lapisan endometrium, menjadi darah haids selepas 14  hari.
Jadi apabila tubuh seorang wanita tidak menerima isyarat dari hormone-hormon tertentu, telur ovum tidak dikeluarkan dan kemungkinan rahem juga turut tidak mengeluarkan darah haids. Sebab itu, apabila seorang wanita tidak kedatangan haids, doktor akan memberikan pil hormone bagi memberikan ‘isyarat palsu’ pada rahem untuk mengeluarkan darah haids.
Oleh itu jika seorang wanita tidak kedatanga haids selama enam bulan dan didapati tidak hamil, saya mencadangkan agar melakukan beberapa pemeriksaan hormone.
Antaranya ialah :
• Hormon Thyroid
Hormon thyroid mengawal metabolisme dalam tubuh dan merupakan antara hormon penting yang mengawal kitaran haids. Selain tidak mengalami darah haids, seorang wanita yang mengalami masalah hormone thyroid juga mengalami beberapa masalah seperti cepat penat, bertambah berat badan dan mudah rasa sejuk. Pemeriksaan darah membantu doktor menentukan sama ada kelenjar berfungsi dengan baik atau pun tidak.
• Hormon Prolactin.
Bagi wanita yang tidak mengalami kitaran haids, ini mungkin disebabkan otak mengeluarkan hormone prolactin yang terlalu banyak. Prolactin selalunya dikeluarkan dengan banyak ketika seorang wanita sedang menyusukan bayi mereka. Oleh itu ada wanita yang menyusukan anak tidak mengalami kedatangan haids.  Peningkatan hormone ini dapat dirawat dengan mengambil ubat-ubatan.
Jadi janganlah terlalu kecewa apabila tidak hamil. Jangan mudah putus asa. Buatlah pemeriksaan secara lengkap terhadap kesuburan sebagai ikhtiar untuk hamil.
Wallahu a’lam.
Susunan: Dr Zubaidi hj Ahmad (170512)

Tuesday 6 November 2012

Rebutlah Peluang Yang Datang

Betul ke peluang itu datang hanya sekali. Tiba2 aku terfikir statement ni sebab banyak peluang yang datang dalam hidup aku, tetapi aku ambik endah tak endah sahaja peluang tersebut. Bila aku muhasabah balik, aku setuju mengenai kenyataan tersebut.

Peluang pertama berkenaan dengan kerjaya aku dulu. Pernah aku apply cikgu mara. Tak sangka aku dipanggil untuk menduduki exam kelayakan. Tapi time tu, minat jadi cikgu memg tak de la dalam diri aku ni. Sebab aku rasa macam tak layak jek aku ni untuk jadi cikgu..huhu..Tapi aku still lagi sit for exam. Saja mencuba nasib. Dalam kepala ni cakap, mesti aku tak lepas sebab aku ni mana ada bakat jadi cikgu. Sifat perihatin jauh sekali dalam diri aku ni..hehe..Maybe rezki aku, dan tanpa disangka, aku lulus exam tersebut dan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Memang tak sangka betul. Time tu, memg dah dekat benar dengan kenduri kawin aku. Sebab itu lah, aku tidak hadir temuduga tersebut sebab masa tu memg tengah kelam kabut. Mana nak buat persiapan kawin lagi, nak kena study lagi sebab masa temuduga nanti, aku dikehendaki mengajar. Adoiyaiii..bab ni la paling aku lemah. Public speaking memg fail. Aku dah dapat bayangkan keadaan aku time tu. Huhuhu..betapa rendahnya motivasi aku time tu. Sekarang ni bila difikir2 balik, tak salah aku mencuba. Kalau betul rezki aku, walau macam manapn, jika Allah dah tetapkan, mesti aku dapat atau sebaliknya. Yang penting kena cuba dahulu. Betul tak?

Agaknye ini lah rupe aku bila jadi cikgu..kikiki (gmbr ihsan dari google)


Peluang kedua plak, aku dah lama ingin jumpa seorang cikgu masa aku sekolah rendah dulu. Dia banyak bagi aku inspirasi untuk berjaya. Walaupun duduk satu negeri dan dia hanya tinggal di kampung sebelah, tapi kami tak pernah jumpa. Aku ingin sangat berjumpa cikgu tu and nak tahun keadaan dia cam ne skarang ni. 3 hari lepas, aku ke sekolah lama ku, temankan my sis uruskan someting berkaitan anak nya. Opss..lpa nak bagitau. Anak sedara aku pun sekolah di sekolah yang sama dengan aku dulu..Kira sekolah tu macam sekolah turun temurun la. Mula dengan abang, 2 org kakak aku and 2 org adik aku, bersekolah di skolah tu. And skarang ni, diwarisi plak oleh anak sdara aku..kikiki.

Time tu la, aku terserempak dengan cikgu lama aku tu. Tapi disebabkan rasa segan nak g tegur dia, aku dah terlepas peluang yang selama ini aku tunggu2. Betapa ruginya aku kan.

Lepas ni, aku berazam,. bila ada je peluang datang dalam hidup aku, aku akan grab peluang tersebut dan tak akan sia2kan lagi peluang yang datang supaya aku tidak akan menyesal lagi..fuhh..

Tuesday 9 October 2012

Post versi Jiwa Kacau

Assalamualaikum...
Dah lama tak jenguk di sini. Masa memang tak mengizinkan di samping tak de idea nk ltak post..kikiki
Lagi satu, aku dah berapa kali tukar layout. Memang sentiasa tak berpuas hati dengan layout yang aku buat. Agak menyusahkan. Sebab tu la berkali-kali aku tukar layout ni..hihihi

Hari ini agak penat.. Keje pun bertimbun-timbun. So untuk release tension  aku la rajin jenguk blog bloger-bloger lain. Blog yang biasa aku  jenguk, blog Cik Mat Gebu..ni link dia. http://www.tiffinbiru.com
 Kalau ada kerajinan dan rasa jemu masak lauk yang sama, aku try la resipi Cik Mat ni.. Memang senang dan biasanya semua resipi sedap2..

Cerita pasal blog ni, aku memang gemar baca cerita2 blogger family. Tengok bahagia je mereka semua. Dengan keletah anak2. Memang cute jek. Bila la aku nak merasa semua tu...Allah masih tak mengizinkan lagi aku dapat rezki anak...Kadang2 rasa sedih jugak...Bila tengok semua rakan2 bahgia dengan suami dan anak2 mereka...Kadang2 sampai rasa putus asa...Tapi aku cuba sentiasa berfikiran positive...Maybe ada hikmah disebalik semua ni...

Aku akan sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti Allah akan makbulkan doa untuk dapatkan zuriat...

cUTE kan..





Monday 17 September 2012

Peraduan Kumpul dan Menang Mingguan Wanita

Setiap bulan boleh dikatakan kakak aku suka beli mingguan wanita. Masa mingguan wanita edisi raya ari tu, aku ada ternampak peraduan kumpul dan menang. Mula-mula tak plan pun nak sertai peraduan ni sebab aku tahu, aku bukanlah seorang yang bertuah. Dah pernah masuk peraduan ni dulu, tapi memang cukup menghampakan sebab tak pernah menang pun. aku rasa, aku ni nk kena mandi bunga. kihkihkih. Borang peraduan ada dimuatkan dalam Mingguan wanita Bil 1505. Pagi semalam, tiba-tiba terbuka hati akuuntuk masuk peraduan tu. Tapi aku try plak letak nama kakak . Mana tahu kali ni mungkin rezeki aku untuk menang sebab hadiah kali ini agak lumayan. Hadiah pertama merupakan pakej umrah. Kalau ada rezeki , bolehlah pergi umrah. Nak harapkan duit sendiri, alamatnya lambat la lagi nk penuh duit kat bank tu. Simpannye tak, asyik keluar jek. Bila nak penuh kalau macam tu.hihihihi

Mingguan wanita bil 1505. Gambar ustaz Don kawin..hihi

Nilah antara hadiah peraduan ni. Lumayan tak? kikiki

Wednesday 12 September 2012

Puasa 6

Semalam aku still lagi puasa untuk menghabiskan saki baki puasa 6 yang tinggal lebih kurang 2 hari je lagi. So, terpaksalah terkejar-kejar nak balik masak. Fuhh..memang penat sangat-sangat. Tapi tak kan tiap-tiap hari nak beli makanan kat kedai. Nanti En. suami bosan plak. So, semalam rasa macam nak makan tomyam. Bila masak tomyam, sedap dimakan dengan telur bungkus dan kailan ikan masin. Cuma semalam, kailan tak de. So, goreng sayur campur biasa je la.





TOMYAM AYAM

BAHAN-BAHANNYA:

ayam bahagian dada (dipotong kecil-kecil) *
bebola ikan * 
5 ulas bawang putih *
3 batang serai - diketuk *
sayur-sayuran (carrot, baby corn, bunga kubis)*
1 biji tomato - dipotong empat
2 packet perencah tomyam adabi (aku suka kuah pekat. Jika tak suka pekat, boleh guna 1 pckt saja)
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi (diketuk) - jika suka pedas, boleh tambah lagi
2 camca  besar sos ikan
sedikit perahan limau nipis
3 camca besar susu pekat manis
1/2 camca teh garam
daun sup, daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
Air secukupnya

Cara Mambuatnya :
1- Masukkan  bahan-bahan bertanda * ke dalam periuk. Masak semua bahan-bahan tadi sehingga mendidih dan empuk sedikit.
2-Kemudian, masukkan perencah tomyam, daun limau purut, cili padi dan tomato tadi. Biarkah mendidih seketika.
3-Masukkan susu pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
4-Akhir sekali, masukan sedikit perahan limau nipis. Taburkan daun sup & daun bawang serta bawang goreng tadi.



TELUR BUNGKUS

BAHAN-BAHANNYA:

100g daging cincang - aku guna jenama ramli
1/2 camca teh lada hitam - ditumbuk*
5 ulas bawang putih-ditumbuk*
1/2 camca teh secukup rasa - aku guna jenama maggi *
1 labu bawang besar - potong dadu
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
1 camca teh sos tiram
1 biji tomato - dipotong dadu
garam dan gula secukupnya
Hirisan timun dan daun bawang sebagai hiasan


CARA MEMBUATNYA :
1-Perapkan daging cincang tadi bersama-sama bahan bertanda * lebih kurang 10 minit.
2-Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang besar yang di potong dadu tadi. Apabila agak layu sedikit, masukkan daging cincang yang diperap tadi. Biarkan daging tadi masak dan garing sedikit, masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau rata.
3- Perasakan dengan garam dan gula.
4- Akhir sekali masukan tomato yang dipotong dadu.
5-Hiaskan dengan hirisan timun dan daun bawang

Selamat Mencuba :)