Thursday 14 November 2013

EPILEPSI ATAU SAWAN

"Epilepsi atau sawan adalah merupakan penyakit saraf yang akan menyebabkan serangan secara mendadak ke atas seseorang individu. perkataan 'epilepsi' ini berasal dari bahasa Yunani (Epilepsia) yang berarti 'serangan'.

Otak kita terdiri dari jutaan sel saraf (neuron), yang bertugas mengoordinasikan semua aktiviti tubuh kita termasuk perasaan, penglihatan, pemikiran dan juga pergerakan [otot]. bagi pesakit sawan, kadang-kadang signal tersebut, tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya. hal ini mungkin disebabkan oleh berbagai-bagai unsur iaitu trauma kepala (pernah mengalami kecederaan di kepala), tumor otak dan sebagainya. dengan kata lain, sawan ini mungkin disebabkan oleh kerosakan otak semasa awal kelahiran, luka di kepala, stroke, tumor otak dan alkohol. Sawan juga mungkin disebabkan oleh faktor ganetik, tetapi sawan ini bukan merupakan penyakit keturunan. Tetapi penyebabnya yang sahih belum lagi dapat dikesan."

Sumber drp wikipedia

Ini yang aku baca berkenaan dengan penyakit sawan atau epilepsi. penerangan yang lebih detail mengenai penyakit sawan ni, boleh baca di blog drzubaidi di LINK ini.

No comments:

Post a Comment